Monday, December 10, 2012

Manik Bulat Dari Sarawak

 

 

Manik ini dikatakan berasal dari Sarawak, menurut seorang penggemar manik hiasan yang tidak asing lagi di Kg. Matunggong. Kalau dilihat dengan mata kasar, nampak seperti biji getah yang sudah sekian lama menjadi sumber kehidupan bagi para petani kecil-kecilan. Begitu juga lah ceritanya dengan manik ini yang sudah sekian lama digemari oleh masyarakat suku kaum Rungus terutamanya oleh golongan veteran. Namun tidak ketinggalan juga segelintir golongan muda yg menjadikan manik seperti ini sebagai aksesori untuk melengkapkan penampilan diri agar nampak lebih mantap semasa majlis2 tertentu seperti makan malam. Berapakah harga bagi setiap jenis manik ini????... Lupa tanya.Sekiranya ada yang berminat, boleh la dibuka semula cerita pasal manik bulat ini dengan si Amai,pemilik manik tersebut.

No comments: