Thursday, December 13, 2012


Patung2 kecil adik beradik dan sepupu pertama kali. Apa sudah nama dia tu. kalau tidak silap, hello kitty kali. Ada yang pakai gaun. itu mungkin perempuan. Apa pun manik ini boleh dijadikan sebagai aksesori handphone tidak kira la canggih macam samsung galaxy (tidak tau la apa model yang paling terbaru) atau pun Hp yg boleh bikin umban anjing. Boleh juga kasi hias2 itu kunci atapun beg. kadang2 ada yg takut hilang kunci, jadi supaya tidak cepat hilang kasi gantung sama ini barang.sudah la cantik, terang lagi. Kalau mau beli, boleh bah datang tengok2 dulu.

Monday, December 10, 2012

Manik Bulat Dari Sarawak

 

 

Manik ini dikatakan berasal dari Sarawak, menurut seorang penggemar manik hiasan yang tidak asing lagi di Kg. Matunggong. Kalau dilihat dengan mata kasar, nampak seperti biji getah yang sudah sekian lama menjadi sumber kehidupan bagi para petani kecil-kecilan. Begitu juga lah ceritanya dengan manik ini yang sudah sekian lama digemari oleh masyarakat suku kaum Rungus terutamanya oleh golongan veteran. Namun tidak ketinggalan juga segelintir golongan muda yg menjadikan manik seperti ini sebagai aksesori untuk melengkapkan penampilan diri agar nampak lebih mantap semasa majlis2 tertentu seperti makan malam. Berapakah harga bagi setiap jenis manik ini????... Lupa tanya.Sekiranya ada yang berminat, boleh la dibuka semula cerita pasal manik bulat ini dengan si Amai,pemilik manik tersebut.

Thursday, December 6, 2012

Pengenalan Blog

Rungus Beads in Sabah atau Manik Rungus di Sabah adalah sebuah blog yang diterbitkan untuk memaparkan hasil-hasil kraftangan khususnya dalam bidang kraftangan manik Rungus. Dengan nama singkatan RUBIAH +++, blog ini bukan sekadar menonjolkan kraftangan manik Rungus tetapi juga kraftangan lain sebagai tambahan. Selain itu, pelbagai isu dan perkembangan yang berkaitan jika difikirkan sesuai juga akan dimasukkan. Blog ini diharapkan dapat menjadi medium untuk mengetengahkan budaya suku kaum rungus di samping untuk mempromosikan kraftangan manik Rungus. Harga bagi setiap produk adalah berpatutan iaitu kebanyakkannya berharga dari Rm3-Rm5 seunit.