Wednesday, February 6, 2013

Gelang tigiw dan manik


Mungkin ada yg suka dengan aksesori kecantikan terutamanya golongan wanita. Zaman sekarang ni mcm2 aksesori yg kita nampak di kedai tapi yang paling laku emas juga la.memang la laku bah kan sebab emas tu berkilau-kilau.Tapi harus ingat mata pencuri pun berkilau-kilau juga tu kalau ternampak emas.Sudah la mahal pula tu.jadi biarpun tidak berkilau, cuba la dulu ni aksesori.kadang2 ngam juga ni utk function2 tertentu.tidak mahal bah.mcm biasa Rm3 ja kecuali yg 4 in 1 dlm gambar di atas tu.lain sikit harganya.

Tuesday, February 5, 2013

Vinusak keychain



Pilih-pilih.Pilih saja warna yg kamu suka.boleh bikin macam2 punya warna ikut warna kegemaran kamu. Mungkin ada yg tidak tahu pasal ni nama vinusak. Inilah antara motif suku kaum Rungus yg famous dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun pelancong luar negara. Ramai yg minat dengan motif ini kerana keunikan nya yg tersendiri yg kaya dengan nilai budaya. Apa lagi setelah dicampur manik kedai sama manik semulajadi, tambah cantik la dia. Bukan setakat keychain, anting2 pun boleh jadi juga ni cuma tukar dgn cangkuk tp nampak besar la pula di telinga.tapi tidak apa, Rubiah boleh adjust ni barang. Nah ini pun boleh la beli dgn harga diskaun tahun baru cina Rm 3 seunit. Harga biasa Rm 4. Kwn2 boleh runding.

Sparkling Love


Bagus juga nama dia kan.Sparkling Love konon.mcm matching juga sama tu telefon nokia yg simple tapi tahan lama.ada torch light lagi. tp tidak boleh juga kasi lebih2 promosi pasal telefon nokia ni sebab bukan telefon nokia saja yg sesuai pakai ni manik. yg canggih pun boleh cuba2 juga.

Manik AngryBird


Cuba tengok betul2 tu mata dia.marah ka tidak? macam satu saja yg di depan tu nampak marah.yg lain2 sudah hilang dia punya marah. itu la kreativiti Rubiah supaya tidak la kita terlebih tanggapan tentang ni angrybird.kadang2 dia tidak marah2 jg bah. Nah kalau ada lagi duit sebanyak Rm3, boleh la dapatkan manik ini.

Keychain Spongebob dan Tigiw (natural beads)


Selalu kita tengok ni kartun spongebob dgn telatahnya yg mencuit hati. Kalau mau selalu bersama spongebob, beli la keychain spongebob yg boleh anda lihat2 setiap masa. Kalau teringin melihat alam semulajadi ketika dalam pejabat atau di mana saja, gantung la biji tigiw di kunci anda supaya mata terasa segar selalu. Tidak la anda rasa stress dengan ketebalan simen dinding rumah atau pejabat.

Thursday, December 13, 2012


Patung2 kecil adik beradik dan sepupu pertama kali. Apa sudah nama dia tu. kalau tidak silap, hello kitty kali. Ada yang pakai gaun. itu mungkin perempuan. Apa pun manik ini boleh dijadikan sebagai aksesori handphone tidak kira la canggih macam samsung galaxy (tidak tau la apa model yang paling terbaru) atau pun Hp yg boleh bikin umban anjing. Boleh juga kasi hias2 itu kunci atapun beg. kadang2 ada yg takut hilang kunci, jadi supaya tidak cepat hilang kasi gantung sama ini barang.sudah la cantik, terang lagi. Kalau mau beli, boleh bah datang tengok2 dulu.

Monday, December 10, 2012

Manik Bulat Dari Sarawak

 

 

Manik ini dikatakan berasal dari Sarawak, menurut seorang penggemar manik hiasan yang tidak asing lagi di Kg. Matunggong. Kalau dilihat dengan mata kasar, nampak seperti biji getah yang sudah sekian lama menjadi sumber kehidupan bagi para petani kecil-kecilan. Begitu juga lah ceritanya dengan manik ini yang sudah sekian lama digemari oleh masyarakat suku kaum Rungus terutamanya oleh golongan veteran. Namun tidak ketinggalan juga segelintir golongan muda yg menjadikan manik seperti ini sebagai aksesori untuk melengkapkan penampilan diri agar nampak lebih mantap semasa majlis2 tertentu seperti makan malam. Berapakah harga bagi setiap jenis manik ini????... Lupa tanya.Sekiranya ada yang berminat, boleh la dibuka semula cerita pasal manik bulat ini dengan si Amai,pemilik manik tersebut.